Teringat waktu kecil dulu slalu pegi sekolah agama. Ustaz yang mengajar tu ku rasa terlalu baik. Bagiku tiada manusia yang lebih baik dr ustaz tu. Maklumlah dia selalu ajar benda2 yang baik je.. Mak pun slalu citer kalau nak masuk syurga mesti jadi budak baik. Jangan buat jahat, jangan gado, jgn lawan cakap mak , jgn mencuri , kena rajin g skolah, kene bace Quran dan mcm2 lagi mak suruh buat. Mase tu aku rase mak aku ngan ustaz tu lah manusia paling baik dlm dunia ni. Mak aku cakap kalau mencuri nanti kene potong tangan. Kalau bergaduh dan jelir lidah (ejek) nanti kene potong lidah. Sape yang tak percaya cakap mak? Bukan main takut lagi aku nak jelir lidah dekat adik2 aku walaupun adik2 selalu jelir lidah kat aku. Mak cakap pulak kakak mesti jaga adik. Kalau adik nakal kakak pun salah juga sebab kakak tak jaga adik.. Tensen!!!!!!!!!! Adik aku yg pompuan tu pulak mcm polis. Kaki repot kat ayah. Bile ayah balik keje je dia sedia tunggu kat pintu dah. Ayah buka helmet je dia mulakan tugas dia. Adoi... adik!! adik!!! Mentang2 la dia suka makan dan badan dia besar dari aku....Memang la aku tak berani jelir sebab takut kena potong lidah , tapi aku berani cubit sebab mak tak cakap pun kalau cubit kena potong jari.
Masuk skolah menengah tanggapan ku kpd ustaz/ustazah masih sama. Ting. 1,2,3,4 masih sama. Sehinggalah aku di Ting. 5 . Aku lulus matapelajaran agama dgn cemerlang setiap kali test. Malangnya hampir penghujung tahun aku gagal test dan kebetulan pulak kali ni ustaz nak denda sape yang tak lulus sebab katenye dah dekat exam semua org mesti dah sedia. Aku termasuk org yg akan didenda. Sedihnya. Tapak tanganku yang comel ni dirotan. Sekaligus anggapan ku kepada ustaz da goyah. Astaghfirullah... kenapela hatiku sekecil ini. Denda tu sikit je tapi sedihku berpanjangan sampai hujung tahun. Nasib baiklah aku masih lulus subjek agama mase SPM. Alhamdulillah.
Ustaz... ampunkan aku kerana memusuhimu dalam diam.
Nasib baik ustaz yg aku musuhi tu bukan ustaz yg jadi bapa angkatku. Nasib baik juga bapa angkatku selalu nasihati aku supaya sentiasa menghormati guru. Kalau bukan kerana nasihat dia aku tak tahu sampai bila aku akan berkecil hati dan memusuhi guruku. Sebelum meninggalkan sekolah aku sempat memohon ampun dari ustaz tu.
Kini ayahku dah tiada (al-fatihah) utk arwah ayahku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan aman di alam barzakh. Kasih sayang ayah masih ku rasai. Ayah seorang yang baik dan penyayang. Aku tak pernah dengar ayah meninggikan suara . Tidak kepada kami adik beradik. Tidak juga kepada mak atau rakan2nya. Tapi ayah tak pandai mengajar. Bila mengajar dia jadi garang. Aduhai...ayah. Kami adik beradik lebih suka diajar oleh mak. Kebetulan mak memang seorang guru.Suatu hari aku terjumpa sekeping keset lama. Bila aku mainkan keset tu aku ketawa gelihati. Lucunya suara adik pompuanku nyanyi. Lrik lagu dia mcm ni.. "Saya ada kakak.. nama dia kaklong... harini dia kena gi skolah....saya tak kena pegi..." isk isk kemain bangga lagi dia xpegi skolah. Mentang2 la dia demam. pastu dengar pulak suara yang amat aku rindu... suara ayahku... sayunya hatiku. Malangnya tali keset tu putus lepas kami sekeluarga dengar suara tu. Kami merinduimu ayah..
Al-fatihah untuk ayah.
Lepas sekian lama ayah meninggalkan kami kini kami mempunyai abah. Mak kawin lagi. Alhamdulillah abah seorang yang baik. Untungnya aku dapat abang lepas mak kawin lagi. Anak abah dgn bekas isterinya dulu. Abang pun baik. Aku tak pernah rasa dia abang tiri tapi ku anggap dia abang kandungku.Aku dengan adik pompuanku yang jadi polis ayah tu pulak sekarang mcm isi denan kuku. I LOVE YOU adikku dan adik2 yg lain juga. Kakak sayang kamu semua. Bahagianya hidup kami sekeluarga.Aku bersyukur kepada Allah memberikan keluarga yang bahagia ini kepadaku.
7 comments:
banyak cite untuk disampaikan... leh jadi penulis blog berjaya ni... hehe
semoga tuhan melindungi diri bisa sekeluarga.. dan sentiasa di jalan yg benar.. seperti aper kata hati bisa.. dan satu luahan yg menarik.. yg dapat di rasa.. oleh orang yg membaca nye.. nice.. :P
Alhamdulillah..semoga kebahagiaan itu kekal sampai ke syurga..insyaAllah. :)
teruskan menulis. ;)
kalau i cakap ini monotenous boleh??? boleh buat plot dan klimax atau unsur suspend lalu boleh buat consequence utk next entry...:) boleh nih i komen cam nih??? kalau tak leh u delete k :) but OVRLL...IMPRESSED
takziah..Al-Fatihah d bace semoga roh d cucuri rahmat..insyaAllah
boleh2 oldman. silakan.tapi i tak faham sbnrnya mende2 yg u ckp tu
Post a Comment